Tuesday, July 15, 2008

TEH HIJAU, PILIHAN MINUMAN YANG SIHAT!

Minuman berkarbonat memang popular di kalangan pengguna. Hakikatnya, biar apa jenamanya, secara umum, kandungan minuman berkarbonat adalah sama — kaya dengan gula dan bahan aditif seperti agen pewarna dan bahan pengawet. Utusan Malaysia Okt 18, 2007 – “minuman berkarbonat mengandungi sehingga lapan sudu teh gula dalam setiap tin atau bersamaan dengan 300 hingga 400 kalori!” Pengambilan minuman bergas dalam kehidupan harian boleh mengakibatkan sindrom metabolik seperti berikut :
· Tekanan darah tinggi
· Peningkatan dalam paras gula darah (Diabetes)
· Lilitan pinggang yang lebih besar (Obesiti)
· Paras trigliserik (TG) yang tinggi
· Paras kolesterol baik (HDL) yang rendah

Asid fosforik yang juga terkandung dalam minuman bergas boleh mengurangkan ketumpatan tulang kita dengan menyingkirkan mineral kalsium daripada tulang. akibatnya kita akan menghidap penyakit osteoporosis atau menghadapi masalah tulang yang rapuh.

Menteri Kesihatan Malaysia berkata, sebanyak 37 peratus warga Malaysia adalah mempunyai berat badan berlebihan - TheStar Ogos 22, 2007. Selain itu, Malaysia juga merupakan negara dengan bilangan orang obes yang terbesar di rantau Asia, iaitu 25 peratus atau 6 juta daripada penduduknya. Angka tersebut telah melampaui bilangan orang yang obes di Jerman dan Perancis. Disamping itu, juga terdapat 2.1 juta orang menghidap penyakit diabetes akibat pengambilan gula yang berlebihan.

Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Oleh itu, dalam usaha memelihara kesihatan dan mencegah timbulnya masalah kegemukan dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengannya. Kita digalakkan mengambil 8 gelas air kosong sehari dan juga minuman berkhasiat seperti teh hijau. Ini kerana orang Okinawa di Negara Jepun yang banyak meminum teh hijau mempunyai jumlah penduduk yang berjangka hayat yang panjang iaitu sehingga 100 tahun, langsing dan hidup dengan sihat walaupun golongan lelaki di Jepun kuat merokok dan amalan meminum alkohol juga adalah secara berleluasa.

Terdapat beberapa jenis teh yang berlainan, contohnya teh hijau, teh oolong dan teh hitam. Walaupun kesemua teh itu adalah berasal dari spesis tumbuhan yang sama iaitu Camellia sinensis, tetapi teh hijau merupakan teh yang paling berkhasiat dan bermanfaat kepada kesihatan kita jika berbanding dengan kedua-dua teh tersebut. Ini kerana, daun teh hijau hanya mengalami langkah pemprosesan yang minimum serta tidak mengalami proses oksidasi/penapaian seperti yang berlaku pada teh oolong dan teh hitam. Justeru, kandungan antioksidan polifenol catechin dalam teh hijau adalah jauh lebih tinggi daripada jenis teh yang lain.

Teh hijau merupakan teh yang istimewa kerana ia kaya dengan kandungan antioksidan polifenol catechin, khususnya EGCG. EGCG merupakan catechin yang mempunyai aktiviti antioksida paling kuat di antara catechin yang lain. Selain itu, teh hijau juga kaya dengan vitamin A,E,C,K & B kompleks, asid amino dan garam mineral yang diperlukan oleh badan kita. Keberkesanan antioksidan polifenol catechin, EGCG dapat dipertingkat dengan kehadiran Vitamin C dalam teh hijau. Oleh itu, teh hijau mampu memberikan kesan yang positif kepada kesihatan manusia, iaitu ia dapat:
· Melindungi sistem kardiovaskular
· Mengawalatur paras gula darah
· Mengawalatur tekanan darah
· Menghalang pertumbuhan sel kanser
· Memperbaiki sistem pencernaan
· Meningkatkan sistem keimunan
· Anti- keradangan

Sebagai kesimpulannya, pilihlah minuman yang rendah dalam kandungan gula dan bahan aditif serta kurang diproses demi kesihatan anda sendiri dan orang yang disayangi!

Thursday, April 3, 2008

SOALAN-SOALAN YANG BIASA DITANYA

SOALAN-SOALAN YANG BIASA DITANYA

S1: Apakah itu catechin?
J1: Catechin merupakan komponen polifenol yang dominan dalam teh. Catechin adalah antioksidan yang kuat dan larut dalam air di mana ia akan memberi rasa kekelatan kepada teh. Teh oolong dan teh hitam juga mengandungi catechin, tetapi didapati bahawa kandungan catechin dalam teh hijau (Teh yang tidak mengalami proses oksidasi) adalah lebih tinggi. Ia adalah 15 – 40 % daripada jumlah berat daun kering. Teh oolong (Semi-oksidasi) mengandungi sebanyak 8-20% manakala teh hitam (Oksidasi yang sepenuhnya) mengandungi hampir 3 – 10% catechin. Kajian saintifik mendedahkan bahawa catechin (Terutama epigallocatechin gallate atau EGCG) adalah komponen aktif yang wujud secara semula jadi dalam teh hijau yang mempunyai banyak kesan perlindungan kepada kesihatan manusia. Polifenol catechin tersebut yang terkandung dalam teh hijau didapati adalah antioksidan yang lebih kuat daripada vitamin C dan E dengan sebanyak 25 – 100 kali ganda.

S2: Berapakah jenis catechin yang terdapat dalam teh hijau?
J2: Terdapat 5 jenis catechin yang utama:• Gallocatechin (GC)• Epicatechin (EC)• Epigallocatechin (EGC)• Epicatechin Gallate (ECG)• Epigallocatechin Gallate (EGCG)

S3: Apakah perbezaan antara kelima-lima jenis catechin yang utama di dalam teh hijau dari segi kepekatannya secara relatif?
J3: Kepekatan secara relatif bagi kelima-lima jenis catechin yang utama adalah: EGCG > ECG > EC > EGC > GC

S4: Antara kelima-lima jenis polifenol catechin itu, mana satukah merupakan antioksidan yang paling kuat kepada kesihatan manusia?
J4: Walaupun mereka berkait rapat secara kimia, tetapi setiap jenis catechin mempunyai ciri-ciri dan potensi yang berlainan antara satu sama lain. Kajian mendedahkan bahawa EGCG adalah catechin yang paling banyak dan kuat dalam memberi kesan perlindungan kepada kesihatan manusia.

S5: Sila terangkan bagaimana catechin diserap dan dimetabolismekan ke dalam sistem pencernaan?
J5: Selepas dimasukkan ke dalam mulut, kebanyakkan catechin dalam teh akan mengalami proses pencernaan dalam usus. Kira-kira 20-30% akan dicerna dan sebilangan kecil molekul catechin yang sempurna diserap oleh badan. Bilangan yang tertinggal adalah majoriti dan akan dibuang melalui najis. Selepas diserap, catechin akan mengalami metabolisme di dalam hati dan diedarkan ke seluruh bahagian badan dan akhirnya dikeluarkan melalui air kencing dalam 24 jam. Demi meningkatkan kadar penyerapan kepada 13 kali ganda (Kajian yang dijalani oleh Purdue Universiti), Ujicha telah ditambahkan dengan asid sitrus atau vitamin C.

S6: Bagaimanakah ekstrak teh hijau diproseskan?
J6: Untuk menghasilkan ekstrak teh hijau, catechin (Biasanya EGCG) akan diasingkan dan diekstrak keluar melalui air atau stim, kemudian dikondensasikan sebelum disembur kering. Ekstrak teh hijau mengandungi lebih banyak catechin daripada teh hijau yang lain.

S7: Mengapa teh hijau lebih unggul daripada teh yang biasa?
J7: Kesemua teh – hitam, hijau dan oolong adalah berasal dari tumbuhan Camellia sinensis dan ia mengandungi polifenol. Jenis-jenis teh dan kandungan polifenol adalah ditentukan oleh bagaimana daun diproses dan tempoh proses oksidasi yang dialami. Teh hijau merupakan teh yang paling semula jadi kerana ia dibuat daripada daun yang tidak mengalami proses oksidasi. Teh oolong mengalami proses semi-oksidasi manakala teh hitam pula mengalami proses oksidasi penuh. Maka, teh hijau mengandungi antioksidan polifenol catechin yang lebih banyak daripada teh oolong dan teh hitam. Kandungan catechin yang tinggi dalam teh hijau telah menyebabkannya dicadangkan baik untuk kesihatan.

S8: Apakah perbezaan antara teh hitam dan teh hijau?
J8:Teh hijau dikeringkan dalam jangka masa yang lebih pendek dan dipanaskan dengan lebih cepat daripada teh hitam demi mengelakkan oksidasi secara enzimatik serta mengekalkan perisa dan nilai ubatannya. Teh hijau mempunyai kandungan kafeina yang lebih rendah jika berbanding dengan teh hijau. Teh hitam mempunyai kandungan kafeina yang lebih tinggi kerana ia mengalami proses oksidasi. Kandungan kafeina yang tinggi boleh mengakibatkan kejengkelan, insomnia, kerisauan dan sebagainya. Teh hitam boleh mengotorkan gigi tetapi keadaan ini tidak berlaku pada teh hijau. Perbezaan yang penting antara kedua-duanya adalah teh hijau lebih kaya dengan polifenol yang banyak bermanfaat kepada kesihatan. Cara yang digunakan untuk menjerang teh hitam telah mengurangkan kandungan polifenol.

S9: Berapakah kalori dalam teh hijau?
J9: Teh hijau adalah bebas daripada kalori. Ia diminum untuk tujuan mengurangkan berat badan. Teh hijau membantu dalam pembentukkan badan kerana ia mengandungi komponen yang termogenik. Termogenesis adalah faktor yang membantu meningkatkan suhu badan. Justeru, membantu menyingkirkan kalori yang berlebihan. Theobromine dan theophyllin juga terkandung dalam teh hijau. Mereka membantu meningkatkan kadar metabolisme badan dan seterusnya mengurangkan berat badan.

S10: Adakah teh hijau dalam bentuk uncang memberi manfaat kepada kesihatan?
J10: Teh dalam bentuk uncang menggunakan daun teh yang berkualiti lebih rendah dan sering dikisar sehingga ke bentuk yang halus. Disebabkan ia terdiri daripada cebisan daun dan keadaan tersebut akan mengakibatkannya mengandungi lebih banyak kafeina apabila dijerang. Oleh itu, kualiti teh hijau dalam bentuk uncang adalah lebih rendah.

S11: Adakah teh hijau tanpa perisa lebih sihat daripada teh hijau yang berperisa?
J11: Tidak. Tujuan perisa adalah untuk menambahkan rasa atau rasa manis kepada teh. Ia tidak akan mempengaruhi manfaat asas yang diberi oleh teh hijau. Selain itu, penambahan asid sitrus atau vitamin C boleh meningkatkan kadar penyerapan antioksidan dalam teh sehingga ke 13 kali ganda berdasarkan kajian yang telah diterbit dalam Nutrisi Molekula dan Penyelidikan Makanan.

S12:Apakah kebenaran tentang kafeina dalam teh lawan dengan kopi dan minuman ringan?
J12: Dalam satu paun, teh mengandungi lebih banyak kafeina daripada kopi. Namun demikian, satu paun teh akan menghasilkan kira-kira 200 sehingga ke 250 cawan teh manakala satu paun kopi boleh menghasilkan 30 – 40 cawan kopi, keadaan ini banyak bergantung kepada kekuatan bau teh dan kopi yang anda gemari. Secawan teh hijau secara puratanya mengandungi 15mg kafeina manakala secawan kopi mengandungi 100-135mg kafeina. Minuman ringan mengandungi 40-55mg kafeina manakala minuman bertenaga seperti “Red Bull” mengandungi 80mg kafeina.

S13: Mengapa suhu air penting?
J13: Suhu air merupakan faktor yang penting untuk menghasilkan teh hijau yang berkualiti. Jika suhu air telalu panas (Suhu didih), teh tersebut boleh menjadi lebih pahit dan kehilangan aromanya. Jika suhu air terlalu sejuk, aroma yang terkandung dalam daun tidak dapat diekstrak keluar dengan sepenuhnya. Oleh itu, adalah dicadangkan untuk melarutkan teh dalam air suam terlebih dahulu sebelum menambahkan ketulan ais ke dalamnya.

S14: Apakah manfaat umum teh hijau?
J14: Kajian mencadangkan bahawa polifenol catechin (terutamanya EGCG) dalam teh hijau dapat:
Mengelak pertumbuhan sel kanser [Mengurangkan risiko kanser esofagus dengan lebih daripada 60% (Institut Kanser Kebangsaan, 1994)]
Mengurangkan kolesterol buruk (LDL)
Mengurangkan pembentukkan bekuan darah yang tidak normal
Mengelakkan artritis reumatik (Anti-keradangan)
Mengelak penyakit kardiovaskular
Memperkuatkan sistem keimunan untuk melawan patogen

S15: Apakah peranan yang dimainkan oleh polifenol catechin dalam mengelakkan kanser?
J15: Dengan kuasa antioksidan yang kuat dan kombinasi antara EGCG dengan protein (Menghasilkan bau yang tajam), EGCG akan melawan tekanan oksidatif dan mengubahsuaikan komponen karsinogenik yang merupakan pemulaan kepada pembentukkan kanser.

S16: Benarkah pengambilan teh hijau boleh mengelakkan kerosakkan pada gigi? Bagaimanakah teh hijau membantu dalam keadaan tersebut?
J16: Catechin dalam teh sudah dikenalpasti dapat mengelakkan pembentukkan plak yang diakibatkan oleh bakteria kariogenik dan juga membunuhnya. Ia juga membunuh bakteria yang menyebabkan kesan nafas berbau. Teh hijau mengandungi flourida semula jadi yang boleh membantu mengelakkan gigi berongga. Adalah lebih baik jika meminum teh hijau selepas makan.

S17: Adakah teh hijau membantu dalam pengurangan berat badan?
J17: Ekstrak teh hijau memainkan peranan dalam mengawal komposisi badan dengan mengaktifkan proses termogenesis atau oksidasi lemak atau kedua-duanya. Teh hijau berupaya untuk meningkatkan kadar penggunaan tenaga. Teh hijau mempunyai ciri termogenik dan seterusnya mendorong pembakaran lemak dalam badan.

S18: Apakah kesan pengambilan teh hijau terhadap kehamilan?
J18: Teh hijau dan kehamilan adalah kombinasi yang boleh diterima, jika wanita yang hamil menghadkan pengambilannya kepada 4 cawan pada setiap hari . Berita yang positif adalah antioksidan yang kuat (EGCG) dalam teh hijau boleh membantu meningkatkan sistem pertahanan dan menggalakkan pertumbuhan tulang. Kajian menunjukkan bahawa komponen yang dominan dalam teh hijau, EGCG, menyahaktifkan enzim dihidrofolat reduktase (DHFR) dalam sel kanser. Enzim ini penting untuk penggunaan asid folik. Asid folik adalah penting dalam mengelakkan kecacatan pada tiub saraf untuk wanita yang hamil pada bulan pertama. Namun demikian, kajian tentang EGCG-DHFR adalah tidak kuat. Oleh itu tiada bukti yang kukuh untuk membuktikan bahawa teh hijau memberi kesan yang negatif terhadap penggunaan asid folik dalam badan wanita yang mengandung.

S19: Apakah kesan teh hijau terhadap hipertensi/tekanan darah tinggi?
J19: Satu kajian yang diterbit pada Januari 2004 dalam Jurnal Nutrisi mendapati bahawa seseorang yang meminum 1 liter (lebih daripda 4 cawan) teh hijau setiap hari, tekanan darah sistolik dan diastoliknya dapat dikurangkan. Antioksidan kuat (EGCG) yang hadir dalam teh hijau membantu membersihkan arteri dan mengedarkan darah melaluinya. Dengan sedemikian, peluang untuk mendapat hipertensi dapat dikurangkan.

S20: Bagaimanakah teh hijau membantu pesakit batu karang?
J20: Satu kajian yang diterbit dalam Jurnal Urologi pada 2005 mendapati bahawa teh hijau menghalang pembentukkan batu karang yang umum (Terdiri daripada kalsium oxalat) pada haiwan yang dijalani di makmal. Penyelidik percaya bahawa EGCG akan menganggu proses kalsifikasi melalui aktiviti antioksidannya.

S21: Adakah teh hijau mengalami perubahan secara kimia dalam paras keasidan apabila dibiarkan semalaman?
J21: Ya. Apabila teh dibiarkan pada suhu bilik, kandungan catechinnya akan berkurangan. Teh hijau adalah minuman beralkali manakala teh hitam adalah minuman berasid lemah. Teh hijau akan menjadi berasid jika dibiarkan semalaman. Hal ini kerana catechin telah dioksidasikan dan ditukar menjadi theaflavin dan thearubigen yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan teh hitam. Ini juga bermaksud teh hijau akan menjadi kurang beralkali dan lebih berasid jika dibiarkan semalaman.

S22: Apakah interaksi yang mungkin berlaku di antara teh hijau dengan bahan yang lain?
J22: Kandungan tanin dalam teh boleh mengganggu proses penyerapan zat besi jika diambil pada masa yang sama. Susu yang ditambah kepada teh hijau boleh mengurangkan kapasiti tanin untuk bergabung dengan bahan lain. (Susu jarang ditambah ke dalam teh hijau)

S23: Mengapa terdapat segolongan orang selalu terjaga dari tidur semasa waktu malam selepas meminum teh hijau manakala yang lain tidak ada kesan sedemikian?
J23: Hal ini adalah akibat daripada sensitif kepada kafeina yang terkandung dalam teh hijau. (Khususnya dalam kuantiti yang tinggi). Kebanyakan orang tidak mengalami masalah tersebut. Hal ini kerana kehadiran theanine dalam teh hijau, iaitu satu bahan penenang semula jadi yang dapat mengurangkan kesan kafeina pada teh hijau.

S24: Adakah teh hijau akan memberi kesan penenangan?
J24: Kesan penenangan selepas meminum teh hijau adalah disebabkan oleh kandungan theanine. Theanine adalah asid amino yang utama dalam teh hijau dan ia dapat mengurangkan tekanan mental dan fizikal serta memberi kesan ketenangan. Hal ini kerana aktiviti gelombang alfa pada otak telah meningkat dan seterusnya akan memberi kesan tenang (seperti yang berlaku dalam kelas yoga).

S25: Apakah pandangan masa depan terhadap teh hijau dan sumbangan keseluruhannya kepada kesihatan?
J25: Teh hijau mempunyai masa depan yang sangat cerah. Catechin dalam teh hijau mampu melawan penyakit yang berkaitan dengan faktor cara hidup dan usia serta melawan jangkitan yang boleh mengancam nyawa. Dengan pengambilan teh hijau, kesihatan anda terjamin.

S26: Adakah manfaat daripada teh hijau disokong oleh kajian saintifik?
J26: Ya, manfaat daripada teh hijau terhadap kesihatan telah diterbit dalam jurnal perubatan yang terkenal, termasuklah Jurnal Amerika tentang Nutrisi Klinikal, Arkib tentang Perubatan secara Dalaman, Jurnal Perubatan British dan Lancet. Terdapat banyak kajian dan penyelidikan secara saintifik telah dihasilkan oleh saintis yang cemerlang di universiti dan pusat penyelidikan yang menunjukkan bahawa teh hijau berupaya untuk mempertingkatkan tahap kesihatan manusia. Penasihat Saintifik NatStar (M) Sdn Bhd, Prof. Dr Debasis Bagchi, Ph.D., F.A.C.N., CNS, MAICHE juga telah menerbit sebuah buku mengenai ubat yang disanjung sebagai ubat abad ke- 21 ini yang berjodol “Green Tea Antioxidant Power To Fight Disease” atau “Kuasa Antioksidan Dalam Teh Hijau Menentang Penyakit”.

S27: Mengapa Ujicha lebih baik daripada teh hijau yang lain?
J27: Ujicha adalah lebih baik daripada teh hijau yang lain kerana:
Ujicha adalah ekstrak teh hijau (Mengandungi polifenol catechin yang lebih tinggi)
Ujicha adalah dibuat daripada teh hijau Jepun yang berkualiti tinggi, Matcha
Ujicha mempunyai 100% keperluan harian vitamin C
Berkalori rendah
Bergula rendah
Tanpa bahan pengawet
Tanpa bahan pewarna

Harga

Harga satu paket RM54
Satu paket 30 pek x 2gm

Campur dengan 200ml air sejuk untuk menikamati rasa segarnya.

2 jenis rasa - biasa dan lemon

Beli 10 paket - PERCUMA 1 paket!

Apakah itu Ujicha


1) Apakah itu Ujicha?
Ujicha merupakan ekstrak serbuk teh hijau yang diperkaya dengan polifenol catechin (EGCG) dan mempunyai 100% keperluan harian Vitamin C didalamnya. Kandungan polifenol catechinnya adalah 6 – 35 kali ganda lebih daripada teh biasa (Teh oolong dan teh hitam). Ujicha terdapat dalam 2 jenis perisa, iaitu perisa asli dan perisa lemon.

2) Fakta-fakta tentang teh hijau
Teh hijau diminum secara berleluasa di dunia selepas air. Ia juga merupakan salah satu seduhan herba yang paling popular pada zaman kini. Hampir 2.5 juta tan teh hijau ditanam dan dihasilkan secara global dalam setiap tahun. Rekod secara bertulis menunjukkan bahawa ia telah diminum sejak abad ke-10 Sebelum Masehi. Herba tersebut telah digunakan sebagai minuman di China hampir selama 5000 tahun. Teh hijau berasal dari China dan telah berasimilasi dengan budaya dari Jepun sehingga ke Timur Tengah. Mutakhirnya, telah disebar secara beleluasa di negara-negara Barat. Uji terletak di bahagian selatan Kyoto, Jepun, merupakan salah satu tempat di Jepun yang menghasilkan teh hijau yang berkualiti tinggi. Jika berbanding dengan teh hijau yang dihasilkan dari China dan negara-negara yang lain, yang membezakan teh hijau Jepun daripada yang lain adalah disebabkan oleh cara pra-pemprosesanya. Daun teh segar distim selepas dipetik demi menyahaktifkan enzim yang menggalakkan proses oksidasi. Proses yang unik itu mengakibatkan teh hijau Jepun dapat mengekalkan keseluruhan nutrien yang terkandung dalam daun segar.

3) Apakah yang menyebabkan teh hijau lebih unggul daripada teh biasa?
Kesemua teh hijau, hitam dan oolong adalah berasal daripada tumbuhan Camellia sinensis. Perbezaaan antara mereka adalah bagaimana mereka diproses. Langkah proses yang umum adalah pelayuan, pergolekkan, oksidasi/penapaian dan pengeringan/pemanasan. Teh hijau merupakan teh yang paling semula jadi kerana ia diperbuat daripada daun yang tanpa mengalami proses oksidasi. Oleh itu, teh hijau mengandungi antioksida polifenol catechin (EGCG) yang lebih tinggi daripada teh oolong dan teh hitam. Kedua-dua teh oolong dan hitam telah mengalami proses semi-penapaian dan proses penapaian yang sepenuhnya. Maka, kandungan nutrien dalam kedua-dua jenis teh itu adalah lebih rendah. Manakala nutrien (Polifenol catechin, EGCG) yang terdapat secara semula jadi dalam teh hijau dapat dikekalkan.

4) Apakah itu polifenol catechin?
Catechin merupakan komponen aktif dan semula jadi yang dimiliki oleh keluarga antioksida dan ia adalah dominan dalam teh hijau (Camellia sinensis).Catechin mempunyai aktiviti antioksidan yang kuat, aktiviti vitamin dan ciri-ciri melawan penyakit. Terdapat 5 jenis catechin yang utama dalam teh hijau iaitu: gallocatechin (GC), epicatechin (EC), epigallocatechin (EGC), epicatechin gallate (ECG) dan epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG merupakan komponen catechin yang paling kuat dimana ia berupaya untuk memberi perlindungan kepada kesihatan kita.

5) Lebih sihat dengan Ujicha!
Ujicha adalah jauh lebih berkhasiat dan sihat daripada minuman yang lain seperti minuman ringan, jus yang manis dan minuman bertenaga. Ujicha adalah pilihan yang bijak!

a) Kandungan Ujicha
Flavonoid – Polifenol catechin (Terutamanya EGCG – 72mg ditambah untuk kesihatan tambahan)
100% keperluan harian Vitamin C
Vitamin A, E, K and B komplek
Asid amino
Garam mineral
Berkalori rendah
Bergula rendah
Tanpa bahan pengawet
Tanpa bahan pewarna
(i) Mengapa Vitamin C ditambahkan ke dalam Ujicha?Tujuan penambahan vitamin C ke dalam Ujicha adalah untuk meningkatkan kadar penyerapan antioksidan sebanyak 13 kali ganda, sebagaimana yang telah dibuktikan dalam kajian terbaru yang diterbit dalam Nutrisi Molekula dan Penyelidikan Makanan- 14/11/2007.
ii) Mengapa Ujicha adalah pilihan yang bijak? Ujicha mengandungi lebih banyak polifenol catechin (EGCG) daripada jenama yang lain terutamanya apabila dibanding dengan teh yang dijerang dalam uncang. Selain itu, kita juga menggunakan teh hijau matcha yang berkualiti tinggi dari Uji, Jepun, iaitu tempat penghasilan teh hijau yang terkenal dalam formulasi kita. Matcha adalah hampir 10 hingga 15 kali ganda lebih kuat daripada teh hijau biasa. Hal ini kerana ia terdiri daripada daun teh yang sempurna dan dikisar kepada serbuk yang halus.

b) Kebaikan catechin (EGCG) dalam Ujicha
Melindungi sistem kardiovaskular (Penyakit jantung & strok)
Dengan kesan antioksida yang kuat pada catechin, ia mampu melawan radikal bebas yang menggalakkan pengumpulan plak pada arteri. Terdapat beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan teh hijau boleh merendahkan kolesterol buruk (LDL) dan meningkatkan penghasilan kolesterol yang baik (HDL). Penurunan paras kolesterol buruk adalah penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Peningkatan dalam kolesterol baik boleh membantu menyingkirkan pengumpulan plak pada arteri. Pengambilan Ujicha pada setiap hari adalah langkah yang sihat untuk melindungi kesihatan sistem kardiovaskular.
Pengawalan paras gula darah (Penyakit kencing manis)
Kajian menunjukkan bahawa kompoun catechin dalam teh hijau mampu memperbaiki paras toleransi glukosa dan kesensitifan insulin dalam individu yang menjangkit diabetes. EGCG beraksi dalam paras genetik, di mana ia akan mengakibatkan pengurangan dalam bilangan RNA yang bertanggungjawab untuk mengarahkan sel hati untuk menghasilkan enzim yang terlibat dalam penghasilan gula darah. Maka, pengumpulan lemak visera dapat dikurangkan.
Memperbaiki tekanan darah (Hipertensi)
Catechin yang terkandung dalam teh hijau menahan penghasilan angiotensin II yang boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi. Catechin juga dapat membantu dalam membersihkan arteri dan melancarkan sistem pengaliran darah. Maka, peluang untuk mandapat hipertensi boleh dikurangkan.
Mengelak dan menghalang pertumbuhan kanser
EGCG mengelak kanser dengan menghalang pembentukkan komponen penyebab kanser dan menahan karsinogen daripada menjadi aktif.. Ia juga menghalang kanser sel daripada bertumbuh. EGCG bergabung dengan enzim dihidrofolat reduktase dalam badan. EGCG membantu membunuh kanser sel tanpa menyerang sel yang normal.
Memperbaiki sistem pencernaan
Ekstrak teh hijau dapat meningkatkan pertumbuhan beberapa jenis Bifidobakteria dan Laktobasilus spesis yang memainkan peranan penting dalam menghalang pembiakan bakteria buruk dalam sistem usus manusia, di mana keadaan sedemikian boleh mengakibatkan penyakit degeneratif termasuk kanser.
Mempertingkat sistem keimunan
Satu kompoun yang terdapat dalam teh hijau dikenali sebagai Theanine (Asid amino) dapat meningkatkan keupayaan “T sel gama delta” untuk melawan jangkitan. “T sel gama delta” merupakan sel darah putih dalam badan dan ia merupakan barisan sistem pertahanan yang pertama. Dengan memperkuatkan sel darah putih tersebut, Theanine memainkan peranan penting dalam mempertahankan badan dengan melawan jangkitan.
Anti-keradangan
EGCG berupaya untuk menghalang aktiviti pada komponen IL-6 dan siklooksigenase-2 (COX-
2), di mana kedua-dua molekul tersebut boleh mengakibatkan keradangan melalui penghasilan protein dan enzim secara aktif dan seterusnya menyusup ke dalam sendi. EGCG bertindak sebagai ubat anti-keradangan. Maka, dapat mengelakkan kehausan pada bahagian rawan dan kemerosotan dalam ketumpatan tulang.

7) Kesan sinergistik pada komponen utama yang wujud secara semula jadi dalam teh hijau terhadap kesihatan manusia.
a) KafeinaKafeina boleh memanfaatkan kesihatan kita apabila diambil daripada teh kerana aktiviti kafeina dalam teh adalah berbeza dengan aktiviti kafeina pada kopi. Berita baik adalah kafeina dalam teh boleh merangsang sistem pengaliran darah dan metabolisme melalui sistem saraf pusat. Apabila lebih banyak oksigen dipam ke dalam otak, tenaga mental akan meningkat, reaksi menjadi lebih cepat dan fungsi otot turut meningkat.
b) Tanin dalam teh hijau Tanin merupakan komponen yang semula jadi dalam teh. Apabila dilepaskan, tanin boleh memberi rasa kepahitan kepada teh. Tanin akan dilepaskan dari daun teh selepas direndam selama 2-4 minit. Tanin bekerjasama dengan kafeina yang akan memberi kesan kestabilan. Ini juga bermaksud kafeina diserap dengan perlahan dan menghalang “kejutan kafeina” yang lazim berlaku apabila meminum kopi dan minuman ringan.
c) Asid amino dalam teh hijauTeh hijau mengandungi L-theanine yang boleh merangsang penghasilan gelombang alfa dari otak secara langsung dan seterusnya memberikan kesan tenang.