SOALAN-SOALAN YANG BIASA DITANYA
S1: Apakah itu catechin?
J1: Catechin merupakan komponen polifenol yang dominan dalam teh. Catechin adalah antioksidan yang kuat dan larut dalam air di mana ia akan memberi rasa kekelatan kepada teh. Teh oolong dan teh hitam juga mengandungi catechin, tetapi didapati bahawa kandungan catechin dalam teh hijau (Teh yang tidak mengalami proses oksidasi) adalah lebih tinggi. Ia adalah 15 – 40 % daripada jumlah berat daun kering. Teh oolong (Semi-oksidasi) mengandungi sebanyak 8-20% manakala teh hitam (Oksidasi yang sepenuhnya) mengandungi hampir 3 – 10% catechin. Kajian saintifik mendedahkan bahawa catechin (Terutama epigallocatechin gallate atau EGCG) adalah komponen aktif yang wujud secara semula jadi dalam teh hijau yang mempunyai banyak kesan perlindungan kepada kesihatan manusia. Polifenol catechin tersebut yang terkandung dalam teh hijau didapati adalah antioksidan yang lebih kuat daripada vitamin C dan E dengan sebanyak 25 – 100 kali ganda.
S2: Berapakah jenis catechin yang terdapat dalam teh hijau?
J2: Terdapat 5 jenis catechin yang utama:• Gallocatechin (GC)• Epicatechin (EC)• Epigallocatechin (EGC)• Epicatechin Gallate (ECG)• Epigallocatechin Gallate (EGCG)
S3: Apakah perbezaan antara kelima-lima jenis catechin yang utama di dalam teh hijau dari segi kepekatannya secara relatif?
J3: Kepekatan secara relatif bagi kelima-lima jenis catechin yang utama adalah: EGCG > ECG > EC > EGC > GC
S4: Antara kelima-lima jenis polifenol catechin itu, mana satukah merupakan antioksidan yang paling kuat kepada kesihatan manusia?
J4: Walaupun mereka berkait rapat secara kimia, tetapi setiap jenis catechin mempunyai ciri-ciri dan potensi yang berlainan antara satu sama lain. Kajian mendedahkan bahawa EGCG adalah catechin yang paling banyak dan kuat dalam memberi kesan perlindungan kepada kesihatan manusia.
S5: Sila terangkan bagaimana catechin diserap dan dimetabolismekan ke dalam sistem pencernaan?
J5: Selepas dimasukkan ke dalam mulut, kebanyakkan catechin dalam teh akan mengalami proses pencernaan dalam usus. Kira-kira 20-30% akan dicerna dan sebilangan kecil molekul catechin yang sempurna diserap oleh badan. Bilangan yang tertinggal adalah majoriti dan akan dibuang melalui najis. Selepas diserap, catechin akan mengalami metabolisme di dalam hati dan diedarkan ke seluruh bahagian badan dan akhirnya dikeluarkan melalui air kencing dalam 24 jam. Demi meningkatkan kadar penyerapan kepada 13 kali ganda (Kajian yang dijalani oleh Purdue Universiti), Ujicha telah ditambahkan dengan asid sitrus atau vitamin C.
S6: Bagaimanakah ekstrak teh hijau diproseskan?
J6: Untuk menghasilkan ekstrak teh hijau, catechin (Biasanya EGCG) akan diasingkan dan diekstrak keluar melalui air atau stim, kemudian dikondensasikan sebelum disembur kering. Ekstrak teh hijau mengandungi lebih banyak catechin daripada teh hijau yang lain.
S7: Mengapa teh hijau lebih unggul daripada teh yang biasa?
J7: Kesemua teh – hitam, hijau dan oolong adalah berasal dari tumbuhan Camellia sinensis dan ia mengandungi polifenol. Jenis-jenis teh dan kandungan polifenol adalah ditentukan oleh bagaimana daun diproses dan tempoh proses oksidasi yang dialami. Teh hijau merupakan teh yang paling semula jadi kerana ia dibuat daripada daun yang tidak mengalami proses oksidasi. Teh oolong mengalami proses semi-oksidasi manakala teh hitam pula mengalami proses oksidasi penuh. Maka, teh hijau mengandungi antioksidan polifenol catechin yang lebih banyak daripada teh oolong dan teh hitam. Kandungan catechin yang tinggi dalam teh hijau telah menyebabkannya dicadangkan baik untuk kesihatan.
S8: Apakah perbezaan antara teh hitam dan teh hijau?
J8:Teh hijau dikeringkan dalam jangka masa yang lebih pendek dan dipanaskan dengan lebih cepat daripada teh hitam demi mengelakkan oksidasi secara enzimatik serta mengekalkan perisa dan nilai ubatannya. Teh hijau mempunyai kandungan kafeina yang lebih rendah jika berbanding dengan teh hijau. Teh hitam mempunyai kandungan kafeina yang lebih tinggi kerana ia mengalami proses oksidasi. Kandungan kafeina yang tinggi boleh mengakibatkan kejengkelan, insomnia, kerisauan dan sebagainya. Teh hitam boleh mengotorkan gigi tetapi keadaan ini tidak berlaku pada teh hijau. Perbezaan yang penting antara kedua-duanya adalah teh hijau lebih kaya dengan polifenol yang banyak bermanfaat kepada kesihatan. Cara yang digunakan untuk menjerang teh hitam telah mengurangkan kandungan polifenol.
S9: Berapakah kalori dalam teh hijau?
J9: Teh hijau adalah bebas daripada kalori. Ia diminum untuk tujuan mengurangkan berat badan. Teh hijau membantu dalam pembentukkan badan kerana ia mengandungi komponen yang termogenik. Termogenesis adalah faktor yang membantu meningkatkan suhu badan. Justeru, membantu menyingkirkan kalori yang berlebihan. Theobromine dan theophyllin juga terkandung dalam teh hijau. Mereka membantu meningkatkan kadar metabolisme badan dan seterusnya mengurangkan berat badan.
S10: Adakah teh hijau dalam bentuk uncang memberi manfaat kepada kesihatan?
J10: Teh dalam bentuk uncang menggunakan daun teh yang berkualiti lebih rendah dan sering dikisar sehingga ke bentuk yang halus. Disebabkan ia terdiri daripada cebisan daun dan keadaan tersebut akan mengakibatkannya mengandungi lebih banyak kafeina apabila dijerang. Oleh itu, kualiti teh hijau dalam bentuk uncang adalah lebih rendah.
S11: Adakah teh hijau tanpa perisa lebih sihat daripada teh hijau yang berperisa?
J11: Tidak. Tujuan perisa adalah untuk menambahkan rasa atau rasa manis kepada teh. Ia tidak akan mempengaruhi manfaat asas yang diberi oleh teh hijau. Selain itu, penambahan asid sitrus atau vitamin C boleh meningkatkan kadar penyerapan antioksidan dalam teh sehingga ke 13 kali ganda berdasarkan kajian yang telah diterbit dalam Nutrisi Molekula dan Penyelidikan Makanan.
S12:Apakah kebenaran tentang kafeina dalam teh lawan dengan kopi dan minuman ringan?
J12: Dalam satu paun, teh mengandungi lebih banyak kafeina daripada kopi. Namun demikian, satu paun teh akan menghasilkan kira-kira 200 sehingga ke 250 cawan teh manakala satu paun kopi boleh menghasilkan 30 – 40 cawan kopi, keadaan ini banyak bergantung kepada kekuatan bau teh dan kopi yang anda gemari. Secawan teh hijau secara puratanya mengandungi 15mg kafeina manakala secawan kopi mengandungi 100-135mg kafeina. Minuman ringan mengandungi 40-55mg kafeina manakala minuman bertenaga seperti “Red Bull” mengandungi 80mg kafeina.
S13: Mengapa suhu air penting?
J13: Suhu air merupakan faktor yang penting untuk menghasilkan teh hijau yang berkualiti. Jika suhu air telalu panas (Suhu didih), teh tersebut boleh menjadi lebih pahit dan kehilangan aromanya. Jika suhu air terlalu sejuk, aroma yang terkandung dalam daun tidak dapat diekstrak keluar dengan sepenuhnya. Oleh itu, adalah dicadangkan untuk melarutkan teh dalam air suam terlebih dahulu sebelum menambahkan ketulan ais ke dalamnya.
S14: Apakah manfaat umum teh hijau?
J14: Kajian mencadangkan bahawa polifenol catechin (terutamanya EGCG) dalam teh hijau dapat:
Mengelak pertumbuhan sel kanser [Mengurangkan risiko kanser esofagus dengan lebih daripada 60% (Institut Kanser Kebangsaan, 1994)]
Mengurangkan kolesterol buruk (LDL)
Mengurangkan pembentukkan bekuan darah yang tidak normal
Mengelakkan artritis reumatik (Anti-keradangan)
Mengelak penyakit kardiovaskular
Memperkuatkan sistem keimunan untuk melawan patogen
S15: Apakah peranan yang dimainkan oleh polifenol catechin dalam mengelakkan kanser?
J15: Dengan kuasa antioksidan yang kuat dan kombinasi antara EGCG dengan protein (Menghasilkan bau yang tajam), EGCG akan melawan tekanan oksidatif dan mengubahsuaikan komponen karsinogenik yang merupakan pemulaan kepada pembentukkan kanser.
S16: Benarkah pengambilan teh hijau boleh mengelakkan kerosakkan pada gigi? Bagaimanakah teh hijau membantu dalam keadaan tersebut?
J16: Catechin dalam teh sudah dikenalpasti dapat mengelakkan pembentukkan plak yang diakibatkan oleh bakteria kariogenik dan juga membunuhnya. Ia juga membunuh bakteria yang menyebabkan kesan nafas berbau. Teh hijau mengandungi flourida semula jadi yang boleh membantu mengelakkan gigi berongga. Adalah lebih baik jika meminum teh hijau selepas makan.
S17: Adakah teh hijau membantu dalam pengurangan berat badan?
J17: Ekstrak teh hijau memainkan peranan dalam mengawal komposisi badan dengan mengaktifkan proses termogenesis atau oksidasi lemak atau kedua-duanya. Teh hijau berupaya untuk meningkatkan kadar penggunaan tenaga. Teh hijau mempunyai ciri termogenik dan seterusnya mendorong pembakaran lemak dalam badan.
S18: Apakah kesan pengambilan teh hijau terhadap kehamilan?
J18: Teh hijau dan kehamilan adalah kombinasi yang boleh diterima, jika wanita yang hamil menghadkan pengambilannya kepada 4 cawan pada setiap hari . Berita yang positif adalah antioksidan yang kuat (EGCG) dalam teh hijau boleh membantu meningkatkan sistem pertahanan dan menggalakkan pertumbuhan tulang. Kajian menunjukkan bahawa komponen yang dominan dalam teh hijau, EGCG, menyahaktifkan enzim dihidrofolat reduktase (DHFR) dalam sel kanser. Enzim ini penting untuk penggunaan asid folik. Asid folik adalah penting dalam mengelakkan kecacatan pada tiub saraf untuk wanita yang hamil pada bulan pertama. Namun demikian, kajian tentang EGCG-DHFR adalah tidak kuat. Oleh itu tiada bukti yang kukuh untuk membuktikan bahawa teh hijau memberi kesan yang negatif terhadap penggunaan asid folik dalam badan wanita yang mengandung.
S19: Apakah kesan teh hijau terhadap hipertensi/tekanan darah tinggi?
J19: Satu kajian yang diterbit pada Januari 2004 dalam Jurnal Nutrisi mendapati bahawa seseorang yang meminum 1 liter (lebih daripda 4 cawan) teh hijau setiap hari, tekanan darah sistolik dan diastoliknya dapat dikurangkan. Antioksidan kuat (EGCG) yang hadir dalam teh hijau membantu membersihkan arteri dan mengedarkan darah melaluinya. Dengan sedemikian, peluang untuk mendapat hipertensi dapat dikurangkan.
S20: Bagaimanakah teh hijau membantu pesakit batu karang?
J20: Satu kajian yang diterbit dalam Jurnal Urologi pada 2005 mendapati bahawa teh hijau menghalang pembentukkan batu karang yang umum (Terdiri daripada kalsium oxalat) pada haiwan yang dijalani di makmal. Penyelidik percaya bahawa EGCG akan menganggu proses kalsifikasi melalui aktiviti antioksidannya.
S21: Adakah teh hijau mengalami perubahan secara kimia dalam paras keasidan apabila dibiarkan semalaman?
J21: Ya. Apabila teh dibiarkan pada suhu bilik, kandungan catechinnya akan berkurangan. Teh hijau adalah minuman beralkali manakala teh hitam adalah minuman berasid lemah. Teh hijau akan menjadi berasid jika dibiarkan semalaman. Hal ini kerana catechin telah dioksidasikan dan ditukar menjadi theaflavin dan thearubigen yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan teh hitam. Ini juga bermaksud teh hijau akan menjadi kurang beralkali dan lebih berasid jika dibiarkan semalaman.
S22: Apakah interaksi yang mungkin berlaku di antara teh hijau dengan bahan yang lain?
J22: Kandungan tanin dalam teh boleh mengganggu proses penyerapan zat besi jika diambil pada masa yang sama. Susu yang ditambah kepada teh hijau boleh mengurangkan kapasiti tanin untuk bergabung dengan bahan lain. (Susu jarang ditambah ke dalam teh hijau)
S23: Mengapa terdapat segolongan orang selalu terjaga dari tidur semasa waktu malam selepas meminum teh hijau manakala yang lain tidak ada kesan sedemikian?
J23: Hal ini adalah akibat daripada sensitif kepada kafeina yang terkandung dalam teh hijau. (Khususnya dalam kuantiti yang tinggi). Kebanyakan orang tidak mengalami masalah tersebut. Hal ini kerana kehadiran theanine dalam teh hijau, iaitu satu bahan penenang semula jadi yang dapat mengurangkan kesan kafeina pada teh hijau.
S24: Adakah teh hijau akan memberi kesan penenangan?
J24: Kesan penenangan selepas meminum teh hijau adalah disebabkan oleh kandungan theanine. Theanine adalah asid amino yang utama dalam teh hijau dan ia dapat mengurangkan tekanan mental dan fizikal serta memberi kesan ketenangan. Hal ini kerana aktiviti gelombang alfa pada otak telah meningkat dan seterusnya akan memberi kesan tenang (seperti yang berlaku dalam kelas yoga).
S25: Apakah pandangan masa depan terhadap teh hijau dan sumbangan keseluruhannya kepada kesihatan?
J25: Teh hijau mempunyai masa depan yang sangat cerah. Catechin dalam teh hijau mampu melawan penyakit yang berkaitan dengan faktor cara hidup dan usia serta melawan jangkitan yang boleh mengancam nyawa. Dengan pengambilan teh hijau, kesihatan anda terjamin.
S26: Adakah manfaat daripada teh hijau disokong oleh kajian saintifik?
J26: Ya, manfaat daripada teh hijau terhadap kesihatan telah diterbit dalam jurnal perubatan yang terkenal, termasuklah Jurnal Amerika tentang Nutrisi Klinikal, Arkib tentang Perubatan secara Dalaman, Jurnal Perubatan British dan Lancet. Terdapat banyak kajian dan penyelidikan secara saintifik telah dihasilkan oleh saintis yang cemerlang di universiti dan pusat penyelidikan yang menunjukkan bahawa teh hijau berupaya untuk mempertingkatkan tahap kesihatan manusia. Penasihat Saintifik NatStar (M) Sdn Bhd, Prof. Dr Debasis Bagchi, Ph.D., F.A.C.N., CNS, MAICHE juga telah menerbit sebuah buku mengenai ubat yang disanjung sebagai ubat abad ke- 21 ini yang berjodol “Green Tea Antioxidant Power To Fight Disease” atau “Kuasa Antioksidan Dalam Teh Hijau Menentang Penyakit”.
S27: Mengapa Ujicha lebih baik daripada teh hijau yang lain?
J27: Ujicha adalah lebih baik daripada teh hijau yang lain kerana:
Ujicha adalah ekstrak teh hijau (Mengandungi polifenol catechin yang lebih tinggi)
Ujicha adalah dibuat daripada teh hijau Jepun yang berkualiti tinggi, Matcha
Ujicha mempunyai 100% keperluan harian vitamin C
Berkalori rendah
Bergula rendah
Tanpa bahan pengawet
Tanpa bahan pewarna
Thursday, April 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment